Salam Mesra

SITI ZANARIAH SUHAIMI
Kaunselor Pelatih UTM

Klinik Kaunseling & Psikoterapi
C13, Aras 1, Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
81310, Skudai, Johor

Untuk membuat temujanji dengan saya, sila isi borang di bawah (bawah sekali page ini).

Terima kasih.

Bantu diri sendiri untuk membantu orang lain~

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Wednesday, March 30, 2011

Menghormati Azan




Ramai umat islam masa kini sudah semakin kurang pengetahuan agamanya. sehingga mereka terlupa tentang sesuatu perkara yang dianggap kecil akan tetapi besar kesannya. di sini saya meyeru semua rakan-rakan agar meluangkan sedikit masa untuk membaca ilmu yang saya perolehi. waallahualam..



Lidah kelu di saat kematian. Kematian pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati.... mengapa kebanyakan orang yang nazak (hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa, lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya menahan kesakitan sakaratul maut.

Diriwayatkan sebuah hadis yang bermaksud :
"Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya."

Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apapun semasa azan berkumandang. Sebagai orang Islam kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri.... mengapa azan kita tidak boleh mendiamkan diri....!!! Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak. Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba.... maka kita tidak dapat mengucapkan kalimah lailahaillallah... yang mana sesiapa yg dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya dicabut...Allah menjanjikan syurga untuknya. Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu walaupun nyawa sedang dicabut."Ya...Allah, anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah Laillahaillallah......semasa sakaratul maut menghampiri kami...."
amin ya rabbal-alamin..

SEMOGA ILMU YANG SEDIKIT INI DAPAT MEMANFAATKAN DIRI KITA.
SEBAR-SEBARKAN ILMU YANG DISAMPAIKAN.

Thursday, March 3, 2011

Support Group




(Untuk melihat dengan lebih jelas: Right-click, open in new tab)



Sikap Optimis... sambungan


Ciri-ciri orang yang OPTIMIS

GEMBIRA

Orang yang optimis, akan menghadapi masalah dengan tenang dan melihat sesuatu masalah dengan cara yang berbeza. Masalah yang dihadapi dilihat seperti satu pelajaran baru yang mana akan membentuk diri menjadi lebih tabah dan bermotivasi. Dia akan sentiasa berjaya menghadapi setiap dugaan dengan sabar dan yakin. Hidup yang gembira sebenarnya akan mampu membuatkan anda berada dalam keadaan ceria setiap hari.

BERSEMANGAT

Setiap orang perlu bersemangat untuk menjalani kehidupan dengan tenang. Jika mempunyai semangat, maka perkara tersebut akan menjadi mudah dan membentuk sikap optimis dengan baik. Jika individu yang bersikap optimis, mereka mempunyai semangat dalam diri dan bersikap tenang malah sentiasa bersemangat menyelesaikan apa jua masalah yang datang.

CARA PERCAKAPAN

Individu yang bersikap optimis dapat dilihat melalui cara percakapannya. Mereka sentiasa tenang dan butir bicara percakapannya teratur dan pandangan matanya yakin dan bersemangat. Mereka juga selalunya tidak cepat marah dan bijak mengawal kemarahan. Tiada istilah 'naik angin' tidak tentu hala kerana orang yang optimis sentiasa bijak mengawal keadaan dengan baik.


Sikap Optimis

... Assalamualaikum, nampaknya kebelakangan ini saya jarang update blog ni. Maaf andai anda tertunggu-tunggu bahan bacaan dari saya. Hari ini saya ingin berkongsi tentang OPTIMIS ...


Apa yang anda faham tentang optimis? Apa perbezaan optimis dan pesimis.. Kalau kita lihat gambar kat atas tu, yang mana kita akan kelaskan sebagai optimis? Smiley kuning atau biru?

Baiklah, optimis adalah bagaimana caranya kita melihat masalah yang dihadapi dengan cara yang berbeza iaitu dengan melihat perkara positif pada keadaan yang negatif. Namun tidak bererti orang yang optimis tidak boleh melihat perkara yang negatif. Seseorang yang bersifat optimis bererti mereka telah mendapat kejayaan yang diimpikan. Sikap seperti ini adalah seperti tidak pernah mengenal erti kegagalan dan tidak mudah putus asa.

Tapi, persoalannya, bagaimana untuk membentuk sikap optimis?

Sikap optimis ini boleh terbentuk dalam diri dengan berfikiran dan melakukan perkara yang terarah kepada sikap tersebut. Terdapat beberapa faktor persekitaran yang dapat membentuk sifat ini seperti:

Maklumat atau berita yang diterima

Seringkali kita berjumpa dengan orang yang selalu berada di dalam ketakutan sekiranya berada dalam gelap atau keseorangan. Ini berkemungkinan kerana dia sering menonton kisah seram, dan mula berasa tidak tenang dan membentuk dunia khayalannya sendiri tentang ketakutan tersebut. 

Tetapi berbanding dengan orang yang gemarkan pembacaan bahan ilmiah dan motivasi (lagi bagus jika bahan berunsurkan keagamaan), serta mengikuti majlis-majlis ilmu, dia akan memperolehi aura dan tenaga yang positif seterusnya dapat berfikir dan merancang kehidupan dengan lebih baik.

Didikan dan asuhan keluarga

Tidak dinafikan ada sesetengah keluarga (khasnya ibu bapa) yang gemar mengajar anak-anak dengan perkara-perkara yang negatif. Antara contohnya anak-anak diajar untuk melihat orang lain dari pandangan yang kurang elok dan membuat persepsi yang negatif. Setiap tingkah laku orang lain akan ditafsirkan manjadi buruk dan negatif walaupun pada hakikat dan asalnya perkara tersebut adalah positif dan baik. Dengan ini, anak-anak tersebut tidak dapat membezakan dengan tepat antara baik dan buruk seterusnya membawa sifat ini hinggalah dewasa. Kadangkala ada juga individu yang mudah menyalahkan orang lain dan suka bersangka buruk (suuzhon).

Pergaulan

Bergaulah dengan orang yang bersikap optimis nescaya kita juga akan terikut perangainya. Namun begitu, tidak salah untuk berkawan dengan rakan yang sentiasa bersikap negatif, tetapi harus bijak memilih dan menilai apa yang perlu untuk anda menjadi optimis. Pilihlah kawan yang boleh menjadi pendengar yang setia tidak kira di mana dan ketikanya, dan elakkan memilih kawan yang menjadi pendengar dan 'penambah perisa' seperti batu api dan suka melaga-lagakan orang lain.

Wallahu'alam~~


Friday, February 11, 2011

MasyaALLAH.. .sayangnya ALLAH pada wanita ....


LELAKI 
Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.

Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. 

BERATKAN? 
Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya.

Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN?? 

Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini. 

Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (ikut kajian laa..) 

Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu...

WANITA
Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki. 

Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak. 

Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri. 

Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki. 

Pernahkah kita lihat sebaliknya?? 
Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita. 

Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita ? 

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya , manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak. 

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di muka bumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil). 

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita: 

1. ibunya , 
2. isterinya , 
3.anak perempuannya , dan 
4. saudara perempuannya

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini : 

1. suaminya, 
2. ayahnya, 
3. anak lelakinya dan 
4. saudara lelakinya

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja : 

1. sembahyang 5 waktu 
2. puasa di bulan Ramadhan 
3. taat suaminya dan 
4. menjaga kehormatannya

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillahtetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. 

MasyaALLAH.. .sayangnya ALLAH pada wanita .... 

Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki ,tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya. Supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA.. 

"Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya." (Ali- Imran:103

"Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia berperi-peri memberikan alasan untuk membela diri " 

Wallahu'alam.. Semoga kita semua sentiasa mendapat rahmat dariNya. InsyaAllah... =)


Wednesday, February 9, 2011

Seminar Sehari Bersama Dato' Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah


Topik: Tenggelam @ Terbilang 
Tarikh: 12 Feb 2011
Masa: 9.00 am - 5.00 pm
Tempat: Dewan Sri Alam, Kolej Tun Fatimah, UTM Skudai

TENTATIF SEMINAR

8.45 pg: Pendaftaran peserta
9.20 pg: Bacaan Doa dan alu-aluan penganjur
9.30 pg: Sesi 1- Analisis Kendiri
10.30 pg: Rehat dan perbincangan tidak formal
11.00 pg: Sesi2- Masalah & Cabaran untuk Transformasi
1.00 tgh: Rehat dan Solat Zohor berjemaah
2.15 ptg: Sesi 3- Langkah bijak menjadi cemerlang
3.30 ptg: Sesi 4- Merealisasikan Transformasi Diri
4.30 ptg: Memperkasa Budaya Terbilang
5.30 ptg: Majlis Bersurai


FORMAT PELAKSANAAN SEMINAR

Kursus ini akan disampaikan dalam bentuk: Syarahan, penerangan dengan menggunakan LCD projector, perbincangan, kaunseling peribadi, doa-doa harian.


Siapa yang disasarkan?

1. TERBUKA kepada usahawan, usahawan siswa dan kontraktor
2. TERBUKA kepada jabatan kerajaan
3. TERBUKA kepada orang perseorangan, pertubuhan dan persatuan
4. TERBUKA kepada Staff sokongan atau akademik UTM
5. TERBUKA kepada Pengarah Urusan, Pengarah, Wakil Syarikat yang ingin menjadikan pekerja mereka, pekerja yang produktif dan komitmen
6. TERBUKA kepada pelajar dan mahasiswa


Anda berminat? TEMPAT ADALAH TERHAD!!! Untuk 300 orang sahaja. 

:::BAYARAN::: RM185.00/ seorang  [Harga Promosi:RM100 (Staff UTM), RM60 (pelajar & mahasiswa)] (Termasuk nombor bertuah, fail seminar, nota, sijil dan makan & minum). Cepat-cepatlah grab peluang ni tau.. 




:::BERMINAT??:::

Sila hubungi saya sendiri untuk maklumat lanjut di:

012-4202446 (sms/call)
sitizanariah_307@yahoo.com (facebook dan e-mail)

Monday, February 7, 2011

Program PERKAMA Sepanjang MAC 2011

PROGRAM PERKAMA SEPANJANG MAC 2011

Berikut merupakan program sepanjang bulan Mac 2011:


WORKSHOP ON ADLERIAN THERAPY
1 MAC 2011 (SELASA)
UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN



WORKSHOP ON DEALING WITH SEXUAL ISSUES IN COUNSELING
5 MAC 2011 (SABTU)
UNIVERSITI MALAYSIA PAHANG



WORKSHOP ON PLAY THERAPY FOR HIGH RISK YOUTH
8 MAC 2011 (SELASA)
UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA



WORKSHOP ON EXPRESSIVE THERAPY IN COUNSELING
11 MAC 2011 (JUMAAT)
UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU



SEMINAR KAUNSELING PELBAGAI BUDAYA
12 MAC 2011 (SABTU)
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS



WORKSHOP ON MODULE DEVELOPMENT IN COUNSELING
19 MAC 2011 (SABTU)
UNIVERSITI TEKNIKAL MALAYSIA MELAKA



WORKSHOP ON COMMUNITY COUNSELING
22 MAC 2011 (SELASA)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA, SHAH ALAM



SEMINAR KEBANGSAAN PENGUJIAN DAN PENILAIAN DALAM KAUNSELING
23-24 MAC 2011 (RABU – KHAMIS)
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA



WORKSHOP ON MULTIGENERATIONAL FAMILY COUNSELING
26 MAC 2011 (SABTU)
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA


WORKSHOP ON GESTALT THERAPY
29 MAC 2011 (SELASA)
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA, PULAU PINANG




Tuan/Puan boleh mendaftar online di DAFTAR BENGKEL/SEMINAR ONLINE. Rujuk maklumat lanjut program dengan click pada BENGKEL ONLINE. Sebarang pertanyaan lanjut, boleh berhubung dengan Saffuan Abdullah ditalian 014-3382689 / 017-2806803.

More info: PERKAMA
Hubungi Kaunselor Anda

Nama *
Email *
Nombor Telefon *
No Matrik/ Staf
Perkara
 Pertanyaan 
 Temujanji 
 Lain-lain 
Anda Tulis, Saya Baca *
Image Verification
captcha
Please enter the text from the image:
[Refresh Image] [What's This?]
Powered byEMF Web Forms
Report Abuse