Assalamualaikum...
Hari ini saya ingin berkongsi tentang apa itu kaunseling? Bila sebut perkataan KAUNSELING, apa yang terlintas di fikiran kita? Masing-masing mempunyai definisi tersendiri tentang kaunseling. Tidak terlepas juga pelbagai pengalaman bersama guru kaunseling atau pegawai kaunseling samaada pengalaman manis atau pahit. Saya sendiri mempunyai pengalaman pahit dan manis dengan guru kaunseling semasa zaman persekolahan dahulu... =)
OK, berbalik kepada tajuk: APA ITU KAUNSELING?
KAUNSELING bukan bererti nasihat, walaupun terdapat unsur nasihat yang diberikan. Malah kaunselor tidak memberi jawapan secara langsung kepada semua persoalan klien, kerana apa yang baik untuk kaunselor tidak semestinya baik juga untuk klien.
Keistimewaan khidmat kaunseling ialah ia membimbing klien mencari sumber dirinya yang menyumbang kepada isu yang dihadapi. Penerimaan dan perakuan sumber diri adalah penting dalam menghasilkan perubahan diri.
Kaunseling menggerakkan klien memahami diri dari segi kelemahan yang menghasilkan masalah dalam hidup dan bagaimana klien terdedah kepada permasalahannya. Oleh itu, fokus perbincangan adalah pada diri klien dan peranannya dalam permasalahannya, bukan masalahnya.
Sebagai rumusan, kaunseling adalah proses pertolongan yang professional yang bertujuan membantu individu memahami dirinya dan alam sekelilingnya....
-------------------------------------------------------------
Jadi, harap semua faham serba sedikit apa itu kaunseling secara asas. Lain kali saya akan berkongsi tentang tatacara kaunseling secara berperingkat. Tapi sebelum tu, jom kita baca apakah MITOS tentang KHIDMAT KAUNSELING. Mitos ni kalau boleh janganlah ada dalam fikiran kita. Tetapi untuk memahamkan orang lain, mungkin merupakan salah satu peranan cik kaunselor.. =)
MITOS 1: Kaunseling adalah nasihat.
MITOS 2: Hubungan kaunseling hanya sehala.
MITOS 3: Kaunseling lebih mementingkan masalah daripada manusia (klien).
MITOS 4: Kaunseling menyelesaikan masalah atau persoalan hidup.
---------------------------------------------------------------
Saya berharap, sama-samalah kita mengenali apa itu KAUNSELING.. Sekian~
No comments:
Post a Comment