Salam Mesra

SITI ZANARIAH SUHAIMI
Kaunselor Pelatih UTM

Klinik Kaunseling & Psikoterapi
C13, Aras 1, Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
81310, Skudai, Johor

Untuk membuat temujanji dengan saya, sila isi borang di bawah (bawah sekali page ini).

Terima kasih.

Bantu diri sendiri untuk membantu orang lain~

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Monday, February 7, 2011

Runsing Apabila Hijrah ke Tempat Baru?

Assalamualaikum wbt..

Harap anda semua sihat.. Hari ni saya ingin berkongsi sedikit tip berkaitan menjalin persahabatan di tempat baru. Kita semua pasti merasai pengalaman berhijrah. Tidak kiralah berhijrah ke tempat baru mahupun penghidupan baru. Namun perlu diingat, bukan mudah untuk sesuaikan diri dengan situasi perpindahan. Banyak yang perlu dilakukan. Berpindah ke tempat baru misalnya merupakan suatu perkara yang membuatkan anda teruja kerana tempat baru bermakna satu pengalaman baru untuk diteroka. Bagaimanapun, akan wujud seketika perasaan 'sepi' bila anda tidak mempunyai sahabat yang terdekat untuk berkongsi cerita dan pengalaman.

Jadi, di sini saya ingin kongsikan beberapa perkara yang mungkin bersesuaian untuk anda lakukan untuk menambahkan bilangan kawan dan dalam masa yang sama akan membuatkan hidup lebih ceria dan gembira.




Antara cara mudah untuk menjalinkan persahabatan:

1. Menyertai Kelas

Sekarang, banyak kelas yang dibuka bagi mengisi masa lapang dan memenuhi keperluan untuk berinteraksi. Antaranya kelas mamasak, menjahit, kelas agama, dan sebagainya. Gunakan masa dengan sebaiknya untuk mengikuti kelas-kelas tersebut dan di sana anda pasti menemui kawan baru yang mempunyai minat yang sama.

2. Haiwan Kesayangan

Jika anda memelihara haiwan kesayangan seperti kucing Parsi, elok juga jika anda membawa haiwan peliharaan anda bersiar-siar di waktu petang kerana ini adalah peluang untuk anda bertemu dengan mereka yang sama minat dengan anda.

3. Sertai Kelab Rekreasi

Setelah menyertai kelas atau mungkin ada di antara anda yang tidak minat untuk menyertai kelas, mungkin boleh menyertai kelab-kelab rekreasi. Banyak taman-taman perumahan mempunyai kumpulan yang melakukan aktiviti rekreasi seperti jogging, tai-chi, senamrobik, line dancing, poco-poco dan sebagainya. Eloklah anda juga turut menyertainya disamping menambahkan kenalan, anda juga dapat mengekalkan tahap kesihatan.

4. Menjadi Sekarelawan

Tawarkan diri untuk menjadi sukarelawan dengan melakukan beberapa jam kerja sukarela di pusat perkhidmatan kanak-kanak yatim piatu atau ibu tunggal, persatuan atau badan-badan sukarela atau rumah-rumah kebajikan yang memerlukan khidmat sukarelawan.

5. Katakan YA!

Apabila menerima jemputan ke kenduri-kendara, mahupun majlis minum petang, jangan sesekali menolak jika anda mempunyai kelapangan. Ini adalah masa terbaik untuk menemui ramai kawan baru. Andai anda bekerja, jangan tolak pelawaan untuk makan tengah hari bersama teman sekerja. Anda perlu ingat bahawa kemesraan dan persahabatan yang berpanjangan dapat dijalin di meja makan!.


Nota tambahan:


> Sentiasa jaga tingkah laku & penampilan anda. Secara jujur, sesiapapun pasti sukar untuk rapat jika anda selalu kelihatan selekeh dan pengotor. Juga jaga tutur kata, jangan terlalu 'laser' dengan orang yang baru anda kenali.


> Perkenalkan diri anda apabila berjumpa dengan orang lain. Ini adalah cara untuk 'memecahkan' rasa kaku bila pertama kali bertemu.


> Sentiasa bersikap bersahabat dan jangan lokek dengan pujian. Pastikan anda murah dengan senyuman dan bercakaplah dengan yakin.


> Apabila sudah berkenalan, tidak ada salahnya jika sesekali anda ajak mereka ke rumah untuk minum-minum. Galakkan kawan baru anda itu membawa teman. Ini pasti akan meningkatkan lagi bilangan sahabat anda.


> Sentiasa bersikap peramah dan mudah mesra. Tetapi ingat agar menghormati "ruang" orang lain. Jangan lupa perhatikan juga sebarang tanda-tanda dalam perbuatan atau perkataan yang menunjukkan seseorang tidak berminat untuk berbual dengan anda.

No comments:

Hubungi Kaunselor Anda

Nama *
Email *
Nombor Telefon *
No Matrik/ Staf
Perkara
 Pertanyaan 
 Temujanji 
 Lain-lain 
Anda Tulis, Saya Baca *
Image Verification
captcha
Please enter the text from the image:
[Refresh Image] [What's This?]
Powered byEMF Web Forms
Report Abuse