Salam Mesra

SITI ZANARIAH SUHAIMI
Kaunselor Pelatih UTM

Klinik Kaunseling & Psikoterapi
C13, Aras 1, Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
81310, Skudai, Johor

Untuk membuat temujanji dengan saya, sila isi borang di bawah (bawah sekali page ini).

Terima kasih.

Bantu diri sendiri untuk membantu orang lain~

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Wednesday, February 2, 2011

Seminar Strategi & Teknik Kaunseling Kontemporari


Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia.

Maaf dah lama saya tidak update blog Inspiration ni. Sebenarnya minggu lepas saya agak sibuk dengan urusan praktikal. Entri kali ini saya ingin berkongsi tentang SEMINAR STRATEGI & TEKNIK KAUNSELING KONTEMPORARI. Seminar ni berlangsung pada 28 Januari 2011 yang bermula pada jam 8am hingga 5pm. Alhamdulillah, seminar yang dianjurkan oleh Pelajar Sarjana Pendidikan (Bimbingan & Kaunseling) ni mendapat sambutan yang menggalakkan bila mana peserta yang mengikutinya lebih daripada 50 orang. Antara peserta yang hadir adalah pelajar Kaunseling dari Fakulti Pendidikan UTM, Pelajar Kaunseling dari PESISIR, Melaka dan juga beberapa orang staf wakil jabatan atau organisasi yang berminat untuk mengetahui dengan lebih mendalam tentang ilmu KAUNSELING.

Terdapat 3 slot yang setiap satunya memberikan impak dan implikasi yang berbeza. Slot pembukaan yang sangat menarik disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Syed Mohd Syafiq yang bertajuk Behavioral Therapy. Slot kedua pula sangat bersemangat yang mana disampaikan oleh Dr Hamdan yang memfokuskan kepada penggunaan kaunseling di dalam kesihatan. Beliau juga merupakan salah seorang kaunselor yang dilantik bagi perunding kesihatan pesakit Diabetis di Hospital Sultanah Aminah, Johor. Slot ketiga disampaikan oleh Prof Madya Mohammad Sharif yang menekankan aspek kaunseling dalam isu perkahwinan dna seksualiti. Semua peserta tekun mendengar penerangan yang cukup berilmiah.

Slot terakhir yang merupakan slot selepas rehat dan makan tengahari disampaikan oleh Sheikh Feroz yang merupakan Kaunselor Remaja Singapura. Penyampaian yang bersahaja dan penuh bertenaga menarik minat peserta seminar untuk sama-sama mengambil bahagian untuk turut berdiskusi dan memberi pendapat.

Alhamdulillah, perjalanan seminar sangat teratur dan kebanyakan peserta berpuas hati dengan penyampaian yang disampaikan. Semoga lebih banyak seminar seumpama ini akan diadakan pada masa hadapan.


Mutiara-kata: Gambar di atas merupakan gambar saya bersama rakan sejawat. Bergambar sudah satu kemestian. =) 


No comments:

Hubungi Kaunselor Anda

Nama *
Email *
Nombor Telefon *
No Matrik/ Staf
Perkara
 Pertanyaan 
 Temujanji 
 Lain-lain 
Anda Tulis, Saya Baca *
Image Verification
captcha
Please enter the text from the image:
[Refresh Image] [What's This?]
Powered byEMF Web Forms
Report Abuse