Salam Mesra

SITI ZANARIAH SUHAIMI
Kaunselor Pelatih UTM

Klinik Kaunseling & Psikoterapi
C13, Aras 1, Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
81310, Skudai, Johor

Untuk membuat temujanji dengan saya, sila isi borang di bawah (bawah sekali page ini).

Terima kasih.

Bantu diri sendiri untuk membantu orang lain~

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Wednesday, January 26, 2011

Senyuman




Assalamualaikum wbt.. Kali ini saya akan menulis tentang SENYUM. Saya tahu anda semua faham dengan maksud 'senyum' kan? Dah berapa kali anda semua senyum untuk hari ini? 10? 20? 30? atau infiniti? Adakah kita perlu membayar untuk senyum atau berapakah harga sebuah senyuman?

Senyuman merupakan unsur penting dalam kaunseling terutama sekali di peringkat awal. Ia bertindak sebagai penjalin hubungan yang baik antara kaunselor dengan kliennya.

Erti sebuah senyuman bagi seorang kaunselor adalah persahabatan, penerimaan atau mengalu-alukan dan keinginan untuk bekerjasama. InsyaAllah senyuman seorang kaunselor boleh meredakan ketegangan emosi di pihak klien. Klien akan berasa selesa dan mudah untuk memulakan perbincangan. Senyuman juga harus diberikan mengikut kesesuaian dalam sesi kaunseling. Sekiranya senyuman tidak sesuai, klien akan silap menginterpretasikannya.

Senyuman klien juga harus difahami oleh kaunselor. Klien mungkin akan tersenyum untuk menutup rasa takut, risau, keliru atau serba salah. Ada juga klien senyum kerana malu, mengejek, sedih atau gembira. Kepekaan kaunselor melihat senyuman ini sangat penting untuk memastikan sesi kaunseling yang dijalankan itu sesuai dan menepati matlamat.

Setelah memahami serba sedikit tentang SENYUM, jom kita sama-sama menambah ilmu tentang RAHSIA SENYUMAN pula...

+++++++++++


Senyum membuat kita tampak menarik.
Orang yang banyak tersenyum memiliki daya penarik. Orang yang suka tersenyum membuat perasaan orang disekitarnya damai dan senang hati. Orang yang selalu merungut, cemburu, dan mengerut dahi membuat orang-orang di sekitar tidak selesa. Apabila diperhatikan orang yang banyak tersenyum memiliki lebih banyak teman.

Senyum mengubah perasaan.
Jika kita sedang sedih, cubalah senyum. Senyuman akan membuat perasaan menjadi lebih baik dan seronok. Menurut pemerhatian, senyum dapat menguatkan tubuh sehingga perasaan berubah menjadi semakin rileks. Automatik!

Senyum menghilangkan stres.
Stres dapat dilihat pada raut wajah. Senyuman boleh menghilangkan lelah, bosan, dan sedih. Ketika kita stres, ambillah waktu untuk tersenyum. Senyuman akan mengurangi stres dan membuat fikiran lebih jernih.

Senyum meningkatkan imuniti.
Senyum membuat sistem imun bekerja lebih baik. Fungsi imun tubuh bekerja secara maksima ketika seseorang merasa rileks.

Senyum menurunkan tekanan darah.
Tak percaya? Cuba anda catatkan tekanan darah saat anda tidak tersenyum dan catat lagi tekanan darah saat anda tersenyum semasa diperiksa. Tekanan darah saat anda tersenyum pasti lebih rendah.

Senyum jadi awet muda.
Dengan senyuman dapat menggerakkan banyak otot . Dikatakan kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi. Dengan banyak tersenyum kita akan kelihatan lebih awet muda.

Senyum membuat kita kelihatan berjaya.
Orang yang sentiasa tersenyum kelihatan lebih ‘confident’, terkenal, dan berwibawa. Lihatlah orang-orang yang berjaya, senyuman di wajah tak pernah lekang.

Senyum membuat fikiran positif.
Cuba praktikkan! : Fikirkan perkara-perkara buruk/negatif sambil tersenyum. Mesti susah kan? Sebabnya, ketika kita tersenyum, tubuh mengirim satu signal positif "hidup selalu baik". Sehingga saat tersenyum, tubuh menerimanya sebagai anugerah semulajadi.



Jadi, jangan fikir-fikir lagi.. Jom senyum.... (^______^)

2 comments:

ASSOYFINGER67 said...

waalaikumsalam dan salam buat kao;
Senyuman boleh memberi kita kejayaan dan menambah rezeki dan umur...pernah orang bertanya kepada aku.."kao takde masalah ke"...kerana aku seorang yang selalu riang dan tersenyum.Senyum juga bermaksud gembira,redha dan menerima...ada seorang kawanku berbangsa Cina yang selalu tersenyum dan gembira ,walaupun sekarang mempunyai sakit kronik yang bukan satu malah lebih....hingga bossnya berkata.."Ini olang hidup lama kerana sikapnya yang senyum dan cool (tak kesah)..kalau tidak dah lama dia mamput(mati)".Percayalah aku memang memakai senyuman sebagai perhiasan,senjata dan gambaran sejak lama dulu lagi dalam hidup aku...ia perlu dicampur kesabaran yang kuat.END

kaunselorpelatihutm said...

@assoyfinger67--- thanks atas perkongsian yang cukup2 menarik. begitu kuatnya kuasa dan getaran sebuah SENYUMAN...

Hubungi Kaunselor Anda

Nama *
Email *
Nombor Telefon *
No Matrik/ Staf
Perkara
 Pertanyaan 
 Temujanji 
 Lain-lain 
Anda Tulis, Saya Baca *
Image Verification
captcha
Please enter the text from the image:
[Refresh Image] [What's This?]
Powered byEMF Web Forms
Report Abuse